Cara Mudah Membuat File Format PDF

Posted by "Ibnu Mohamad" Friday, May 9, 2008

File format PDF biasanya digunakan untuk membuat sesebuah E-Book. Jika menggunakan file format ini hak cipta kita lebih terpelihara dan tak mudah disunting oleh orang lain melainkan hanya boleh dibaca, dicetak atau disebarkan namun masih mengekalkan isi kandungan asal serta nama si penulis.
Biasanya kita menggunakan software Adobe Acrobat Professional untuk membuat file format pdf atau converter yang boleh convert dari word ke PDF format. Kali ni saya nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk membuat file format pdf tanpa menggunakan software adobe tersebut.
1. Mula-mula download software windpdf kemudian install dalam komputer anda. (Sila Klik Di Sini). Untuk download. -Klik download.


2. Kemudian apabila sudah siap di-install WindPDF tadi dikomputer anda. Sila buka microsoft word untuk membuat e-book atau sebagainya. Setelah anda menyiapkan file untuk dijadikan e-book di dalam word ini mari kita tukarkan ke format pdf. Lihat dalam microsoft word anda -klik file - klik print-


3.Kemudian lihat pada printer setting, pilih winpdf klik ok.
4. Lihat format file adalah PDF. Save dalam komputer anda.

5. Anda memerlukan Acrobat reader untuk membaca file format pdf ini. Kini anda boleh membuat e-book anda sendiri menggunakan perisian dan cara ini.



6. Untuk membaca file format pdf ini anda perlu ada perisian adobe acrobat reader. File format pdf ini sesuai dan sangat popular untuk dijadikan e-book.





1 Comment
  1. Intan Said,

    Terima kasih, dah lama saya cari ni..

    Posted on May 11, 2008 9:45 PM

     
Sepaku Hosting RM 80 setahun Exabytes Hosting RM 149.50 Setahun